Kamis, 26 Mei 2011

Silabus Kelompok 4


silabus -

for download....

klik here

Tugas 1 Ario Reza


Paper kompetensi pendidik -

Rabu, 04 Mei 2011

CONTOH PENULISAN JURNAL

CONTOH PENULISAN JURNAL
Minggu __kelima______ Tarikh _7.2.2005__ hingga __11.2.2005_
1. Isu / Masalah
Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak
dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya
untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak
dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini
juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah
mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan
lebih sempurna.
b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .
c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa
yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang
telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan
memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan .
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
4. Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif
yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah maktab dan rakan pembimbing untuk
memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan
lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini.
6. Tindakan Susulan
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak
lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi
mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons
link open new tab ' target='_blank'